Wednesday, May 27, 2009

Sungguh tak sungguh

Salam alhamdullillah Allah masih bagi saya, family saya dan anda sekalian untuk menghirup dan menggiatkan lagi usaha untuk bekalan di sana. Memang betullah orang kata, kalau kita merancang dan plan awal-awal yang sukar itu pun boleh jadi mudahkan.

Pagi ni seperti yang dirancang, saya pergi basuh kereta. Ilmu ni kat mana-mana boleh kita dapat kan. Masa sedang memerhatikan adik-adik cuci kereta saya, saya teringat, kalau saya basuh kereta sorang-sorang, aduh penatnya. Tapi bila satu kereta dihadap 3 orang sekejap jer. LAgi-lagi kereta kancil. Kalau era awal 20an sukar jugak kita nak lihat perniagaan car wash ni, tapi sekarang semua tumbuh macm cendawan tumbuh selepas hujan. Taniah yer adik adik , takpun abang-abang yang melihat bisness cuci kereta ini satu peluang. So kalau dah ambil jalan buat bisness tu, jujur pada diri sendiri. Insyallah dengan izin Allah yer akan kekal lama.

Lepas saya pergi cuci kereta saya pergi pulak bank nak cash kan cek. Seperti biasa apa yang kita lihat itukan pengalaman yang terindah. Pengalaman akan jadi terindah bila kita belajar dari nya. Sikap alpha saya dan ambil mudah membuatkan saya kerugian. Pada hal untuk menyelamat keadaan agar perkar yang tidak merugi itu berlaku ada didepan mata. Nak tau apa yang merugikan saya, jeng-jeng saya kena saman. Sebab tak letak kupon parking. Hal ni saya tak leh salahkan sape-sape. Sebab memang salah saya. Apa pun taniah kepada abang-abang penguatkuasa yang melaksanakan tugas dengan berdidikasi.

K jumpa lagi. Semoga apa yang dikongsi ini ada sedikit ilmu yang boleh kita pelajari.

No comments:

Post a Comment