Wednesday, May 27, 2009

Sungguh tak sungguh

Salam alhamdullillah Allah masih bagi saya, family saya dan anda sekalian untuk menghirup dan menggiatkan lagi usaha untuk bekalan di sana. Memang betullah orang kata, kalau kita merancang dan plan awal-awal yang sukar itu pun boleh jadi mudahkan.

Pagi ni seperti yang dirancang, saya pergi basuh kereta. Ilmu ni kat mana-mana boleh kita dapat kan. Masa sedang memerhatikan adik-adik cuci kereta saya, saya teringat, kalau saya basuh kereta sorang-sorang, aduh penatnya. Tapi bila satu kereta dihadap 3 orang sekejap jer. LAgi-lagi kereta kancil. Kalau era awal 20an sukar jugak kita nak lihat perniagaan car wash ni, tapi sekarang semua tumbuh macm cendawan tumbuh selepas hujan. Taniah yer adik adik , takpun abang-abang yang melihat bisness cuci kereta ini satu peluang. So kalau dah ambil jalan buat bisness tu, jujur pada diri sendiri. Insyallah dengan izin Allah yer akan kekal lama.

Lepas saya pergi cuci kereta saya pergi pulak bank nak cash kan cek. Seperti biasa apa yang kita lihat itukan pengalaman yang terindah. Pengalaman akan jadi terindah bila kita belajar dari nya. Sikap alpha saya dan ambil mudah membuatkan saya kerugian. Pada hal untuk menyelamat keadaan agar perkar yang tidak merugi itu berlaku ada didepan mata. Nak tau apa yang merugikan saya, jeng-jeng saya kena saman. Sebab tak letak kupon parking. Hal ni saya tak leh salahkan sape-sape. Sebab memang salah saya. Apa pun taniah kepada abang-abang penguatkuasa yang melaksanakan tugas dengan berdidikasi.

K jumpa lagi. Semoga apa yang dikongsi ini ada sedikit ilmu yang boleh kita pelajari.

Tuesday, May 26, 2009

Nak Tahu Kena Belajar Untuk Tahu

Salam ukhwah dari saya

Alhamdulillah hari ni saya dapat pelajari sesuatu yang baru. Thank you Allah. Syukur alhamdulillah itu sahaja yang dapat dilafaskan tanda kesyukuran pada NYA.

Apapun apa yang ingin dikongsi dekat sini, kita ni kalau nak tahu sesuatu kita sendiri kena belajar ambil tahu. Jangan harap orang menyampaikan pada kita baru kita nak tahu. Inilah ciri orang yang berjaya dan bermotivasi.Insyallah dengan keinginan dan usaha yang istiqamah, cabaran kehidupan kita ni dipermudahkan.

Memang le bila kita nak dapat sesuatu tu memang liku-liku da cabaran pasti ada. Tapi kejayaan itu bermula bila cabaran dan dugaan yang kita lalui itu dapat diatasi sedikit demi sedikit. Apapun yang penting, kejayaan itu bukan dikatakan dengan membandingkan diri kita dengan orang lain, tapi kejayaan itu, kita rasai dengan pengakuan hati kecil kita sendiri.

Fikir-fikirkan insyallah dengan langkah permulaan ini kita bersua lagi di titisan coretan yang lain k.